fbpx

Pemegang pas jangka panjang tiga negara disekat masuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengenakan sekatan kemasukan ke Malaysia terhadap pemegang Pas Jangka Masa Panjang melibatkan warga India, Indonesia dan Filipina berkuat kuasa 7 September ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan mengenakan sekatan kemasukan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini selepas mengambil kira peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19 di negara tersebut.

Beliau berkata, sekatan merangkumi enam kategori membabitkan Penduduk Tetap (PR), peserta program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dan golongan ekspatriat termasuk kategori EP1 serta pemegang Pas Lawatan Profesional (Ikhtisas) (PLIK) dari tiga negara berkenaan.

“Selain itu, tidak dibenarkan masuk ke dalam negara ialah pemegang Pas Residen dan pelajar warganegara India, Indonesia dan Filipina yang menuntut di negara ini.

“Pasangan kepada warganegara Malaysia yang guna spouse visa bersama anak-anak mereka juga tidak dibenarkan masuk ke dalam negara,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI