fbpx

Pasar Tani Selangor diberoperasi sepenuhnya minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rashid menyerahkan Jalur Gemilang kepada salah pengunjung pasar tani sempena majlis kempen Kibar Jalur Gemilang Hari Kebangsaan Ke-63.

SHAH ALAM – Semua pasar tani di Selangor dijangka dibuka sepenuhnya bermula minggu depan.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri, Abdul Rashid Bahri berkata, setakat ini sebanyak 43 pasar tani telah beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sejak 16 Ogos lalu.

Katanya, enam lagi pasar belum dibuka adalah Dataran Puchong Permai; SS15, Subang Jaya; Stadium (2) Shah Alam; Persiaran Majlis Banting; Kompleks Bandar Baru Salak Tinggi dan Taman Dahlia.

“Enam pasar tani itu belum beroperasi susulan terdapat kekhuatiran segelintir peniaga atau pengeluar ekoran pandemik Covid-19.

“Setakat ini, kita berpuas hati dengan peniaga dan pengunjung yang mengikuti peraturan ditetapkan,” katanya ketika ditemui pada majlis Kempen Kibar Jalur Gemilang Hari Kebangsaan Ke-63 di Pasar Tani Stadium Shah Alam di sini hari ini.

Seramai 180 daripada 200 peniaga di pasar tani di sini telah mula berniaga menjalankan produk masing-masing di kawasan parkir Stadium Shah Alam yang bermula dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari.

Abdul Rashid menjelaskan FAMA sentiasa membantu golongan petani dan penternak dalam memasarkan hasil pertanian kepada masyarakat.

“Kita mengalakkan mereka dengan menyediakan kawasan perniagaan yang bersesuai seperti di pasar tani, pasar agro Selangor dan Agro Bazar Rakyat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI