fbpx

Cacing pita hidup 17 tahun di dalam otak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMBASAN X-ray menunjukkan cacing parasit di dalam otak seorang lelaki di China. – STESEN TELEVISYEN JIANGSU

BEIJING – Seekor cacing pita sepanjang 12 sentimeter dikeluarkan dari dalam otak seorang lelaki di sebuah hospital di wilayah Jiangsu, China pada Selasa lalu, lapor Daily Mail.

Lelaki yang dikenali sebagai Chen, 23, dilaporkan mengalami simptom kebas tangan dan kaki sejak berumur enam tahun selain kerap jatuh sakit dan berasa loya sejak 17 tahun lalu.

Doktor berpendapat cacing itu masuk ke dalam badan pesakit melalui sumber makanan eksotik mentah atau separa masak seperti katak dan ular.

Chen menjalani pembedahan di Hospital Universiti Wuchang di wilayah Jiangsu.

Sebelum ini, dia beranggapan sakit dialami itu perkara normal kerana ibu bapanya juga ada masalah pergerakan otot dan anggota badan.

CACING pita daripada otak seorang pesakit lelaki ditempatkan di dalam satu bekas di Hospital Universiti Wuchang pada Selasa lalu. – PEAR VIDEO

Dia mula mendapatkan rawatan perubatan pada 2015 selepas berasa kebas pada bahagian atas abdomen.

“Kami melakukan imbasan dan menemui parasit di dalam otaknya. Dia disahkan ada penyakit sparganosis mansoni iaitu sejenis penyakit parasit yang jarang-jarang berlaku.

“Apabila cacing masuk ke dalam tubuh manusia, ia boleh membawa jangkitan serius.

Parasit itu boleh memakan otak dan merosakkan fungsinya, menyebabkan rasa kebas pada tangan dan kaki serta mampu menjejaskan kemampuan intelektual,” kata doktor di hospital itu.

Chen kini berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih selepas doktor mengeluarkan cacing tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI