fbpx

17 terbunuh selepas restoran runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan anggota penyelamat berusaha mencari mangsa bawah sisa runtuhan sebuah restoran di China. - CGTN

BEIJING – Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh tadi selepas sebuah restoran runtuh di utara China, lapor agensi berita rasmi negara itu.

Anggota penyelamat bertungkus-lumus menarik keluar berpuluh-puluh mangsa di bawah sisa runtuhan dan meneruskan usaha pencarian di lokasi kejadian.

Bangunan dua tingkat yang digunakan untuk jamuan secara tiba-tiba runtuh pada pagi tadi di daerah Xiangfen, wilayah Shanxi, menurut stesen penyiaran CGTN.

Agensi berita Xinhua melaporkan seramai 45 mangsa berjaya dibawa keluar, membabtikan 17 individu terbunuh, tujuh mengalami kecederaan serius dan 21 lagi cedera ringan.

Kira-kira 700 petugas penyelamat terlibat dalam usaha pencarian mangsa, menurut CGTN. Punca runtuhan masih belum dikenal pasti. – AFP

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI