fbpx

Abang tumbuk perut adik perempuan dijel 7 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang pengawal keselamatan yang menumbuk perut adik perempuannya sehingga cedera berbalas apabila dia dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali menjatuhkan hukuman itu ke atas lelaki berumur 21 tahun tersebut selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh yang merupakan anak sulung daripada enam beradik itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 8 Februari lepas.

Mengikut pertuduhan lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas adiknya yang berumur 16 tahun di sebuah rumah di Sungai Besi Jalan Lapangan Permai Off, Jalan Istana di sini pukul 10.30 pagi pada 26 Jun 2019.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323/326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum iaitu setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang lain untuk tidak melakukan kesalahan sama.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak membuat sebarang rayuan dan hanya merayu hukuman berjalan dari tarikh tangkap. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI