fbpx

Inkues Nora Anne: terima maklumat daripada bomoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASP Meei Chyi hadir bagi prosiding inkues mayat remaja perempuan warga Ireland Nora Anne di Kompleks Mahkamah Seremban hari ini.

Oleh NOR SHAFAWATI YUP

SEREMBAN – Saksi keempat prosiding inkues kematian Nora Anne memaklumkan pihak keluarga menerima beberapa maklumat daripada ‘bomoh’ berpangkalan di luar negara yang mendakwa remaja Ireland-Perancis itu masih hidup dan berada dalam ketakutan selepas dilaporkan hilang.

Perkara tersebut didedahkan oleh Pegawai Turus Bahagian Seksual Wanita dan Kanak-Kanak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)  Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Chong Meei Chyi dalam keterangannya di Mahkamah Koroner di sini hari ini.

Meei Chyi dalam keterangannya di hadapan Koroner Maimoonah Aid berkata, maklumat tersebut diterima Dominic iaitu rakan rapat keluarga Nora Anne menerusi khidmat pesanan ringkas Whatssap.

“Mesej tersebut disampaikan oleh saudara mara keluarga orang hilang, maklumat pertama (bomoh) mengatakan Nora Anne diekori seseorang daripada Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan masih hidup.

“Ada juga maklumat Nora Anne masih di kawasan berdekatan resort (The Dusun Resort), berada dalam ketakutan di hutan, hilang dan mahukan ibunya,” katanya di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI