fbpx

Masa depan Sathianathan samar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASA depan Sathianathan (kanan) bersama skuad Gergasi Merah dilihat samar selepas tiada jaminan pengendali tersebut akan kekal setakat ini.

BELUM ada sebarang jaminan berhubung kedudukan pengendali Selangor, B. Sathianathan sama ada kontraknya akan dilanjutkan atau tidak bersama pasukan The Red Giants itu.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dr. Johan Kamal Hamidon berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama pihak pengurusan selepas pencapaian kurang memberansangkan Sathianathan dalam melatih pemain Selangor sejak tahun lalu.

“Sasaran kita untuk Sathianathan jelas iaitu layak ke Piala AFC dan naib juara Liga Super atau juara Piala Malaysia.

“Sekiranya tercapai sekalipun, kita akan membuat penilaian terlebih dahulu kerana pada tahun lalu tiada sebarang kejuaraan dimenangi Sathianathan.

“Justeru, apa yang boleh saya katakan adalah semua masih dalam perbincangan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjanjian persefahaman antara FAS dan syarikat animasi terkemuka, Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. di Shah Alam semalam.

Berdasarkan rekod, Selangor kini menduduki tangga ketujuh Liga Super dengan lima mata hasil empat perlawanan menerusi satu kemenangan sebelum liga tertangguh akibat pandemik Covid-19.

Johan bagaimanapun menga­kui terdapat perbincangan dilakukan bersama Sathianathan, namun enggan mendedahkannya kerana ia peringkat dalaman sahaja.

“Setakat ini tiada mana-mana jurulatih dalam radar kita dan Sathianathan masih jurulatih utama pasukan Selangor.

“Saya berharap momentum yang diperoleh hasil lima kemenangan dalam perlawanan persahabatan sebelum ini dapat dite­ruskan pada Liga Super nanti bagi mendapatkan keputusan lebih baik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI