fbpx

Rugi 13,000 ditipu sindiket pinjaman tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki di Kepala Batas di sini mengalami kerugian wang RM13,000 akibat ditipu sindiket yang menawarkan pinjaman tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa yang berusia 22 tahun terlihat iklan pelaburan wang di laman sosial Facebook yang menawarkan pulangan tinggi setiap bulan dengan bermodalkan hanya RM2,000.

“Mangsa yang bekerja sendiri ditawarkan pulangan wang sebanyak 30 peratus setiap bulan. Dia kemudian memasukkan sejumlah wang dengan harapan untuk mendapatkan pulangan berganda.

“Mangsa yang tidak pernah menandatangani sebarang dokumen perjanjian menyedari dirinya ditipu apabila diminta untuk membayar lagi sejumlah wang bagi caj cukai syarikat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihati orang ramai bahawa tiada jalan mudah untuk mendapatkan wang dan sentiasa berwaspada dengan muslihat sindiket penipuan pelaburan wang online. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI