fbpx

RM 6.16 bilion bantu usahawan PKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Peruntukan sebanyak RM6.16 bilion telah diagihkan kepada 623,078 usahawan termasuk penjaja serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat penularan Covid-19 menerusi pembiayaan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, jumlah itu termasuk pembiayaan menerusi skim Pembiayaan TEKUN Niaga iaitu pembiayaan secara individu membabitkan 460,626 pembiayaan bernilai RM4.39 bilion.

“Sebanyak RM668.4 juta lagi diagihkan menerusi skim Pembiayaan Teman TEKUN iaitu pembiayaan secara berkumpulan membabitkan 95,907 pembiayaan.

“Kerajaan juga memperuntukan RM537.1 juta disalurkan menerusi skim Pembiayaan Kontrak-I iaitu pembiayaan untuk membiayai kontrak dan pembekalan membabitkan 9,864 pembiayaan,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang meminta menteri berkenaan yang ingin tahu apakah bantuan yang disalurkan kepada golongan penjaja dan peniaga PKS serta bilangan yang mendapat manfaat daripadanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI