fbpx

Mekanik durjana didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD AMMAR didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur pada 8 Ogos lalu.

Tertuduh, Muhammad Ammar Zahid Noor Azhar, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Noorhayati Mohamad Yunus.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol seorang gadis yang ketika kejadian berusia 17 tahun empat bulan di atas tilam di dalam sebuah bilik.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Permatang Sungai Dua di sini kira-kira pukul 2.30 petang pada 8 Ogos lalu.

Muhammad Ammar didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Saw Sim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan syarat tambahan tidak boleh menganggu mangsa.

Kes akan disebut semula pada 23 September ini. – K! ONLINE

HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI