fbpx

BTS cipta rekod dunia, catat lebih 100 juta tontonan di YouTube

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO muzik BTS, Dynamite merekodkan lebih 100 juta tontonan dalam masa 24 jam selepas disiarkan di YouTube Jumaat lalu. – shutterstock

SEOUL – Kumpulan pop sensasi Korea Selatan, BTS mencipta rekod dunia selepas video muzik terbaharu mereka, Dynamite mencatat 101 juta tontonan dalam masa 24 jam sahaja selepas pelancarannya di laman perkongsian video YouTube, Jumaat lalu, lapor akhbar Daily Mail.

Menurut seorang jurucakap YouTube kepada majalah Forbes, Dynamite merupakan video muzik pertama yang merekodkan jumlah tontonan melebihi 100 juta dalam masa 24 jam.

“Muzik video (Dynamite) ini juga mencipta rekod jumlah tontonan terbesar semasa tayangan perdana di YouTube iaitu tiga juta tontonan,” katanya.

Selain YouTube, BTS yang dianggotai tujuh anak muda tampan telah memecahkan rekod laman muzik Spotify. Kumpulan pop itu merekodkan 7.77 juta langganan dalam masa 24 jam.

Bahkan, Dynamite turut mencatatkan rekod berganda selepas muncul lagu paling pantas meng­ungguli carta lagu di 100 buah negara iaitu dalam masa lapan jam sahaja.

BTS yang dianggotai RM, Jin, SUGA, J-Hope, Jimin , v dan Jung­kook buat julung kali merakamkan single bahasa Inggeris sepenuhnya menerusi lagu Dynamite.

Kumpulan itu berharap Dynamite dapat membawa kegembiraan dan keyakinan kepada peminat mereka untuk berdepan cabaran Covid-19.

“Dynamite membawa mesej kegembiraan dan keyakinan ketika mengharungi waktu sukar.

“Mari mencari kebebasan dan kegembiraan dengan menari dan muzik,” kata SUGA. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI