fbpx

Biawak ganas libas anggota APM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biawak betina agresif yang melibas anggota APM Kuala Selangor berjaya ditangkap di sebuah kedai aksesori kenderaan di Ijok semalam.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR – Selang lima jam kes lelaki cedera akibat dilibas biawak, seekor lagi reptilia itu muncul di sebuah aksesori kenderaan di Ijok di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 malam itu, biawak betina seberat 30 kilogram (kg) itu juga bertindak agresif dengan melibas seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) berusia 23 tahun.

Jarak antara kedua-dua lokasi itu kira-kira dua kilometer.

Pegawai Pasukan APM Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Suzaini Sulaiman berkata, seramai empat anggota termasuk beliau bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan daripada pemilik premis pada pukul 7.30 malam.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian didapati biawak sepanjang dua meter berada di bahagian stor premis tersebut.

“Biawak itu didapati ‘melawan’ dengan melibas kaki kanan salah seorang anggota yang cuba menangkapnya menggunakan alat penjerut.

“Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan susulan memakai set kelengkapan operasi sebelum biawak itu berjaya ditangkap dalam tempoh 10 minit,” katanya ketika dihubungi Kosmo di sini, hari ini.

Jelas beliau, biawak dari spesis tikus itu kemudiannya dilepaskan di kawasan hutan berhampiran.

Kosmo! Online sebelum melaporkan seorang pembantu kedai cedera di ibu jari kaki kanan selepas dilibas seekor biawak betina daripada spesis sama di rumahnya di Kampung Bukit Badong, Bestari Jaya.

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, mangsa berusia 28 tahun mendapat kecederaan tersebut selepas cuba menangkap biawak seberat 35 kg. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI