fbpx
Seekor anjing yang didakwa jelmaan seorang manusia ditanam hidup-hidup baru-baru ini.

‘Anjing jelmaan’ ditanam hidup-hidup undang kemarahan netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Nasib malang menimpa seekor anjing yang didakwa jelmaan seorang manusia apabila ditanam hidup-hidup di Kelurahan Praya, Lombok Tengah, Lombok baru-baru ini, lapor laman berita suara.com.

Sebuah video yang tular di laman sosial menunjukkan seekor anjing terbaring dan tubuhnya terketar-ketar serta dibalut kain pelikat sambil dikerumuni orang ramai.

Penduduk mendakwa, haiwan tersebut merupakan jelmaan daripada seorang pelajar sekolah yang terkena ilmu hitam dan pernah bertukar menjadi hantu.

Menurut seorang aktivis pencinta haiwan, Desy Marlina, anjing itu yang kemudiannya ditanam hidup-hidup penduduk dikatakan sakit atau mengalami keracunan berdasarkan keadaannya seperti kekejangan.

“Inilah bukti pemikiran yang mundur masyarakat di Lombok. Anjing ini berkemungkinan besar sedang sakit atau diracun.

“Namun penduduk setempat menganggap anjing ini merupakan jelmaan daripada seorang manusia dan menanamnya hidup-hidup,” katanya.

Tambah Desy, dia turut mempersoalkan tindakan penduduk menanam haiwan itu hidup-hidup walaupun ia didakwa benar merupakan seorang manusia yang disihir menjadi seekor anjing. – Agensi

POPULAR