fbpx

Lelaki terjatuh Jambatan Pulau Pinang ditemui mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa meninggalkan motosikal dan dompet sebelum terjun ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang semalam sebelum mayatnya dijumpai hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di kilometer 7.4 dekat sini semalam ditemui mati pagi ini.

Mayat dikenal pasti sebagai Si Eng Guan, 54, ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 8.10 pagi selepas operasi dan menyelamat yang dilakukan pihak berkuasa disambung pukul 8 pagi hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan menjumpai mayat berdekatan kawasan mangsa dilaporkan terjatuh.

“Mayat mangsa ditemui oleh pihak polis marin dan dibawa ke daratan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kosmo! Online semalam melaporkan Eng Guan dikhuatiri lemas selepas dia dikatakan terjun ke dalam laut.

Mangsa meninggalkan motosikal dan dompet miliknya di lorong kecemasan di tepi jambatan sebelum bertindak demikian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI