fbpx

Polis rampas 862 arak pelbagai jenama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada barang rampasan Polis di serbuan sebuah kedai runcit di Seri Setia, Sungai Way, Petaling Jaya, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sebanyak 862 botol dan tin arak pelbagai jenama dalam satu serbuan di sebuah premis kedai runcit di Seri Setia, Sungai Way, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, serbuan dilakukan pada pukul 5.15 petang Isnin lepas.

“Seorang lelaki warga asing berumur 34 tahun juga turut ditahan dalam serbuan tersebut dipercayai penjaga kaunter kedai runcit terbabit.

“Selain itu, Polis juga merampas 598 botol serta 264 tin arak pelbagai jenama, satu plastik mengandungi beberapa pelekat bertulis Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang disyaki palsu dan wang tunai berjumlah RM75,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, semasa serbuan dilakukan polis menemui arak pelbagai jenama tersebut yang disembunyikan di dalam stor premis.

“Suspek disyaki menjalankan perniagaan penjualan minuman keras tanpa lesen yang sah.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI