fbpx

Cake wakili penduduk saman pemilik Restoran Salleh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Restoran Salleh di pekan Napoh yang menjadi lokasi penyebaran Covid-19 bagi Kluster Sivagangga.

ALOR SETAR – Persatuan Pengguna Kedah (Cake) yang mewakili kira-kira 200 penduduk dan peniaga terjejas wabak Covid-19 bagi Kluster Sivagangga akan memfailkan saman sivil terhadap pemilik Restoran Salleh di Mahkamah Alor Setar esok.

Setiausahanya, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, saman tersebut akan menamakan Cake sebagai plaintif manakala pemilik restoran tersebut sebagai defendan.

“Pihak Cake akan hadir di mahkamah bersama peguam daripada Zunun & Co. kira-kira pukul 10 pagi esok,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, saman itu bagi menuntut kerugian lebih RM1 juta yang terpaksa dialami penduduk dan peniaga di daerah Kubang Pasu terutama di kawasan pekan Napoh ekoran penularan wabak bagi kluster berkenaan.

“Penduduk dan peniaga ini termasuklah dua persatuan penduduk di Taman Seri Hosba dan jawatan kuasa peniaga di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Napoh,” ujarnya.

Kosmo! pada 9 Ogos lalu melaporkan penduduk dan peniaga di sekitar pekan Napoh bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang dengan memfailkan saman sivil ke atas pemilik Restoran Salleh yang menjadi punca penularan Covid-19 bagi Kluster Sivagangga.

Ini berikutan kehidupan hampir 5,000 penduduk terlibat sengsara apabila tidak dapat mencari rezeki akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) di kawasan itu.

Pada 13 Ogos lalu, pemilik Restoran Salleh, Nezar Mohamed Sabur Batcha,57, dipenjara lima bulan dan didenda RM12,000 selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan bagi kesalahan ingkar perintah kuarantin yang dikenakan terhadapnya pada Julai lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI