fbpx

Bilik stor sebuah unit kondo di Sentul Utama terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bilik stor di sebuah unit rumah di Kondominium Sentul Utama di sini yang terbakar berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 5.19 petang.

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) memadamkan kebakaran bilik stor di sebuah rumah di Kondominium Sentul Utama, Jalan Dato Senu, Taman Dato Senu di sini petang tadi.

Menurut ketua operasi, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd. Hafizan Hassan berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada pukul 4.37 petang sebelum menghantar jentera ke tempat kejadian.

Katanya, seramai 13 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul serta Gombak Selatan telah dikejarkan ke lokasi bagi membantu memadamkan api.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian mendapati kebakaran melibatkan sebuah bilik di salah sebuah unit rumah di tingkat 11 pangsapuri berkenaan.

“Pihak bomba mengalami kesukaran untuk memadamkan api yang marak kerana sistem hos di bangunan tersebut tidak berfungsi.,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Hafizan, pihak bomba turut melakukan pemeriksaan di lokasi kebakaran bagi mengelakkan api daripada merebak.

Api padam sepenuhnya pada pukul 5.19 petang dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI