fbpx

APMM pandang serius tindakan melampau nelayan warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APMM

KUALA LUMPUR – Maritim Malaysia (APMM) memandang serius akan tindakan ganas dan melampau nelayan-nelayan Vietnam yang boleh memudaratkan nyawa penguatkuasa dan harta kerajaan Malaysia.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim, Datuk Mohd. Zubil Mat Som berkata, pihaknya mempunyai kuasa penuh untuk menyiasat mana-mana kesalahan di bawah mana-mana Undang-Undang Persekutuan yang terpakai di Zon Maritim Malaysia berdasarkan Seksyen 7(3) Akta APMM 2004 (Akta 633).

“Kertas siasatan akan di buka di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh kepada penguat kuasa dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

“Tindakan pencerobohan bot nelayan asing pula akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 serta Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/1963,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, seorang nelayan warga Vietnam maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan oleh kru bot Maritim Malaysia sewaktu proses tangkapan sedang dilakukan kira-kira 81 batu nautika atau 150 kilometer dari Muara Tok Bali semalam.

Jelas Mohd. Zubil, kejadian berlaku di dalam Zon Maritim Malaysia dan tembakan yang dilepaskan adalah dalam usaha mempertahankan diri, nyawa serta aset kerajaan Malaysia.

“Dalam kejadian ini, anggota penguatkuasa APMM terlebih dahulu telah mematuhi ‘Rules Of Engagement’ penggunaan senjata api dengan melepaskan tembakan amaran tetapi tidak diendahkan oleh kru bot nelayan Vietnam terlibat.

“Mereka seterusnya menyerang dengan membaling molotov cocktail dan senjata keras seperti batang besi, bongkah kayu besar dan spanar ke atas bot Penyelamat 7 yang boleh mengancam nyawa penguat kuasa dan harta kerajaan,” jelas beliau.

Menurut Mohd. Zubil, siasatan telus akan dilakukan sewajarnya ke atas kejadian ini dan APMM akan terus melaksanakan penguatkuasaan undang-undang serta prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi mengawal perairan negara daripada dicerobohi nelayan asing. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI