fbpx

Esok penentu kes bunuh 23 penghuni tahfiz Ittifaqiyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kebakaran di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat empat tahun lalu.

KUALA LUMPUR – Nasib seorang remaja berusia 19 tahun yang didakwa membunuh 23 penghuni pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat empat tahun lalu, akan ditentukan esok di Mahkamah Tinggi.

Keputusan sama ada tertuduh disabitkan dengan hukuman atau tidak akan diputuskan oleh Hakim Datuk Azman Abdullah yang sebelum ini telah selesai mendengar keterangan semua saksi pendakwaan dan pembelaan.

Terdahulu pada 4 Ogos lalu, Azman juga telah  mendengar keseluruhan fakta dan hujah daripada kedua-dua belah pihak yang mana pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim, manakala peguam bela Haijan Omar mewakili tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berusia 16 tahun (ketika kejadian) itu bersama seorang yang tidak dicamkan didakwa atas 23 pertuduhan membunuh 23 penghuni pusat tahfiz itu di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini antara pukul 4.15 pagi hingga 6.45 pagi pada 14 september 2017.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tertuduh di bawah umur 18 tahun (ketika kejadian) tidak boleh dikenakan hukuman mati mengikut Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001, namun boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pada 28 Januari lalu, mahkamah sama telah memerintahkan tertuduh membela diri atas pertuduhan tersebut.

Rakannya yang sebelum itu selaku tertuduh kedua, yang sebelum ini turut didakwa atas pertuduhan sama, telah dilepas dan dibebaskan.

Dalam kejadian menyayat hati itu, 23 mangsa maut ialah Muhammad Danieal Md. Amin, 14, Ahmad Rijal Mohammad Rodzi, 13, Muhammad Hasrullah Ismaik, 14,  Muhammad Haikal Abdullah, 12, Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10, Muhammaf Fahmie Abdullah, 11, Muhammad Afiq Haqimie Hairulizwan, 11, Muhammad Aiman Ramzanudin, 12 , Azkar Dariemi F. Zaska, 8, Nik Muhammad Ridzuan Nik Azlan, Azkar Abiedi F. Zaska, 11.

Selain itu mangsa lain adalah Umar Al Khatab Helmi, 6, Amiel Asyraaf Abd Rasid, 11, Muhammad Nizammudin Nasrun, 13,  Muhammad Hafiz Iskandar Sulaiman, 11, Muhammad Harris Ikhwan Mohd Sulaiman, 10, Muhammad Taufik Hidayat Norazizan, 16, Ahmad Harith Adam Mohd .Nor Hadi, 12,  Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13,  Muhammad Syafik Haikal Abdullah, 13,  Muhammad Zattulah Roslan, 11,  Mohd Yusuf Md, 26 (guru)  dan Mohd. Amrul Nizam Sakarno, 25 (guru).- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI