fbpx

Sultan Johor terima mengadap Perdana Menteri dan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Muhyidin di Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini. Foto ROYAL PRESS OFFICE

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman pada hari ini.

Tan Sri Muhyiddin dan Puan Sri Noorainee tiba di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada pujul 9.30 pagi dan disambut oleh Sultan Ibrahim bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Mengiringi bersama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan isteri; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali dan isteri; serta Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani dan isteri.

Muhyidin dalam rangka lawatan rasminya ke negeri Johor selama dua hari bermula hari ini.

Perdana Menteri dijangkakan akan merasmikan sambutan Hari Belia Negara 2020 di Pusat Konvensyen Persada di sini pada pukul 3 petang.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI