fbpx
ABU BAKAR JUAH

Seniman Abu Bakar Juah meninggal dunia akibat kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seniman Abu Bakar Juah menghembuskan nafas terakhir pukul 6.35 petang sebentar tadi akibat penyakit kanser.

Berita dukacita tersebut dikongsikan kepada media dalam satu kenyataan.

“Untuk makluman, Abu Bakar Juah telah pergi meninggalkan kita pukul 6.35 petang di kediamannya.

“Ini dimaklumkan oleh anak Allahyarham, Zarith, 36, sebentar tadi. Keluarga Allahyarham sedang berbincang untuk urusan pengurusan jenazah . Al-fatihah,” tulis kenyataan tersebut kepada Kosmo! sebentar tadi.

Sebelum in pelakon filem Dukun itu menghidapi beberapa komplikasi termasuk kanser usus dan keadaan kesihatannya mula merosot sejak 2017. Allahyarham bagaimanapun disahkan bebas kanser usus tahap empat selepas menjalani 12 kali rawatan kimoterapi sejak tahun 2016.

Abu Bakar, 72,  yang berasal dari Taiping, Perak, meninggalkan balu, Rusidah Mohd Yassin, empat orang anak dan seorang cucu. Drama terakhir lakonan arwah ialah Mr. Grey pada 2018.- K! ONLINE

BERITA BERKAITAN