fbpx

Cuepacs cadang letak wakil pekerja dalam jawatankuasa khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan Mat

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan agar meletakkan wakil kesatuan itu atau pekerja di dalam pembentukan jawatankuasa khas yang bakal ditubuhkan.

Presidennya, Adnan Mat berkata, ia bagi membolehkan pandangan secara menyeluruh daripada penjawat awam khususnya dalam menambah baik sistem penyampaian kerajaan.

“Penglibatan Cuepacs dan wakil pekerja dalam jawatankuasa khas itu membolehkan setiap langkah pembahbaikan dibentuk daripada mereka yang sememangnya mempunyai kepakaran tertentu.

“Input dan pandangan pihak yang akan melaksanakan penambahbaikan itu dilihat penting dan kita tidak mahu langkah sebarang kesilapan berlaku,” katanya kepada Kosmo! menerusi satu kenyataan di sini tadi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhayiddin Yassin mahu menubuhkan saru pasukan khas bagi meneliti semula penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Tambahnya, Cuepacs menyambut baik cadangan berkenaan memandangkan perkhidmatan awam negara sentiasa menunjukkan peningkatan dari masa ke semasa.

Bagaimanapun, jelasnya, Cuepacs mahu kerajaan sentiasa memastikan setiap penambahbaikan yang dilaksanakan tidak meminggirkan kebajikan penjawat awam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI