fbpx

Program I-Kembali bantu bekas banduan bina hidup baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Murni (kanan) melihat beberapa bekas banduan mengisi borang ketika sesi interviu di pejabatnya di Cyberjaya baru-baru ini.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

CYBERJAYA – Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (PERGAK) memperkenalkan Program I-Kembali bagi membantu bekas banduan mendapatkan pekerjaan selepas tamat hukuman penjara sekali gus membolehkan mereka membina hidup baharu.

Pengerusinya, Datuk Seri Siti Murni Sheikh Ahmad berkata, menerusi program tersebut, peserta yang telah disaring ditempatkan di enam sektor pekerjaan iaitu perkilangan, perkhidmatan, pembinaan, pertanian dan perladangan, pemasaran serta pengurusan.

“Seramai 60 peserta telah memulakan kerja sejak Jun lepas di sektor perkilangan, perkhidmatan dan pembinaan yang mana kita hantar di negeri bukan tempat asal mereka.

“Peserta ini berusia antara 20 hingga 49 tahun terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama menjalani latihan kira-kira seminggu atau dua minggu sebelum dihantar kepada majikan,” katanya pada sidang akhbar Program I-Kembali di sini semalam.

Katanya, gaji permulaan diterima mereka antara RM1,200 hingga RM2,000 bergantung kepada jenis sektor malah turut disediakan tempat penginapan oleh majikan.

Beliau berkata, menerusi lawatannya ke penjara seluruh negara, terdapat banyak kemahiran dimiliki banduan tersebut dan boleh dimanfaatkan apabila keluar dari penjara.

“Dengan rutin harian di penjara, mereka sangat berdisiplin serta menepati waktu sekali gus boleh diserap ke enam sektor yang kita sasarkan.

“Peserta yang berjaya mendapat pekerjaan turut dipantau oleh PERGAK dan Jabatan Penjara,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI