fbpx

Premis beli barangan curi diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis dan TNB memeriksa premis barangan lusuh yang disyaki membeli kabel curi.

KLANG – Meskipun pernah diserbu pihak berkuasa awal tahun ini, namun sebuah premis barangan lusuh tanpa lesen di Kampung Rantau Panjang di sini terus berdegil apabila membeli barangan curi.

Kegiatan itu terbongkar menerusi serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pukul 2.50 petang semalam yang menemui sejumlah hasil curi kabel aluminium milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, kejayaan itu hasil maklumat terhadap aktiviti membeli barangan curi oleh premis tersebut.

Katanya, hasil pemeriksaan bersama TNB mendapati premis tidak diiktiraf untuk pelupusan barangan TNB dan dipercayai memperolehinya secara tidak sah.

“Kita berjaya merampas 244 batang dan dua longgok potongan kabel aluminium pelbagai warna dan ukuran, seguni kepingan tembaga serta sebuah lori yang dianggarkan RM50,000.

“Selain itu, turut menahan enam individu meliputi masing-masing seorang lelaki dan wanita serta empat warga asing berusia 20 hingga 60 an,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nurulhuda menambah, siasatan mendapati premis itu tidak mempunyai lesen perniagaan dan pernah diserbu awal tahun ini serta pernah didenda di mahkamah namun masih meneruskan perniagaan.

Beliau menjelaskan, kesemua suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Perniagaan Sekenhed, Seksyen 29 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 55B Akta Imigresen. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI