fbpx

19 Ogos dengar permohonan PertroSaudi Oil Services.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi menetapkan 19 Ogos ini untuk mendengar permohonan PetroSaudi Oil Services (Venezuela) Limited (PSOS-VZ) untuk meminda perintah interim yang diperoleh kerajaan yang melarang mereka memindahkan AS$ 340 juta disimpan di firma undang-undang London, untuk entiti lain.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali menetapkan tarikh itu setelah membenarkan permohonan PSOS-VZ selaku responden untuk menangguhkan prosiding hari ini yang diwakili peguam Alex Tan.

Wang tersebut dikatakan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan disimpan dalam akaun escrow firma guaman Clyde & Co. di United Kingdom.

“Oleh kerana terdapat perkembangan terkini di London, United Kingdom, saya memerlukan arahan lebih lanjut daripada pelanggan saya.  Saya meminta penangguhan pendek dari mahkamah untuk membuat permohonan yang diperlukan,” kata Alex.

Timbalan Pendakwa Raya Budiman Lutfi Mohamed dan Muhammad Izzat Fauzan tidak membantah permohonan itu.

Sementara itu Alex ketika ditemui selepas prosiding memaklumkan bahawa permohonan itu adalah untuk mengubah syarat perintah (sementara) yang diberikan oleh mahkamah yang sama.

Terdahulu dalam permohonan yang difailkan pada 10 Julai lalu, kerajaan selaku pemohon memohon perintah bagi menyekat sebarang urusan kewangan, berjumlah AS$340,258,246.87 milik PetroSaudi International Ltd. (PSI) dan anak syarikatnya PSOS-VZ yang dimiliki Tarek Obaid selaku pengarah syarikat dipegang oleh Clyde & Co LLP.

Wang itu dikatakan sebahagian daripada perkara atau bukti yang berkaitan dengan konspirasi untuk menipu membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tarek, ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho dan individu lain yang ada kaitan dengan 1MDB dan anak syarikatnya.

Pada 16 Julai lalu, Mohd. Nazlan membenarkan permohonan kerajaan bagi mendapatkan perintah interim untuk menyekat PSI dan Tarek daripada memindahkan lebih US$340 juta itu ke entiti lain yang akan dikuatkuasa sehingga selesai kes permohonan utama pada 28 Ogos ini.

Permohonan yang difailkan mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) yang menamakan Tarek, PSI, PSOS-VZ, Clyde & Co. dan Temple Fiduciary, masing-masing sebagai responden pertama hingga kelima. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI