fbpx

Zambry dilantik Pengerusi baharu MAHB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR –  Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif baharu berkuatkuasa hari ini.

Perlantikan tersebut dibuat ekoran Tan Sri Zainun Ali melepaskan jawatannya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam, Kumpulan dan Lembaga Pengarah MAHB mengucapkan penghargaan kepada Zainun atas sumbangan selama perkhidmatannya dengan kumpulan selama ini.

“Semasa tempoh kerjayanya,  Zainun telah bertindak untuk kepentingan terbaik kumpulan pada setiap masa dan sangat teliti dalam memastikan bahawa standard tadbir urus korporat tertinggi dan integriti ditegakkan,” jelas kenyataan itu.

Zainun telah memainkan peranan penting dalam membantu MAHB ketika kumpulan berhadapan dengan  krisis rangkaian KLIA pada tahun 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI