fbpx
Suspek dibawa SPRM ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman hari ini.

Pengerusi, bendahari NGO direman palsu dokumen sumbangan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pengerusi dan bendahari sebuah badan bukan kerajaan (NGO) selepas dipercayai mengemukakan dokumen mengandungi butir palsu melibatkan program sumbangan makanan asas berjumlah RM5 juta.

Turut direman selama empat hari ialah seorang pengarah syarikat. Perintah reman itu dibenarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.

Menurut sumber, dua lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira pukul 3 hingga 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati suspek di mana bendahari NGO itu juga merupakan pengarah syarikat terbabit disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada 2021 hingga 2023.

“Kesemua suspek dipercayai mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu berkaitan program sumbangan makanan asas dengan niat untuk mengelirukan pihak NGO tempat pengerusi dan bendahari tersebut berkhidmat sehingga menyebabkan pertubuhan itu membuat pembayaran berjumlah RM5 juta,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Datuk Norhaizam Muhammad mengesahkan penahanan tersebut dan memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN