fbpx

PRK Slim: SPRM buka bilik gerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Fauzi menandatangani perakuan IBR yang dilakukan syarikat Manjung Naluri Sdn Bhd diketuai ketua pegawai eksekutifnya, Saw Leong Thiam (duduk, kanan).

Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN

LUMUT – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka bilik gerakan bagi memantau dan menerima aduan sebarang kegiatan rasuah sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim, bermula Sabtu ini.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata, bilik gerakan itu dibuka di pejabat SPRM di Ipoh, Taiping dan Teluk Intan.

“Pada masa sama, kita juga akan menghantar pegawai SPRM ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim secara rawak untuk memantau sebarang aktiviti rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) syarikat Manjung Naluri Sdn Bhd di Seri Manjung dekat sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Perak, Murni Yati Samsudin; Setiausaha Majli Perbandaran Manjung, Mohd Helmi Arifin dan Ketua Pegawai Eksekutif Manjung Naluri Sdn. Bhd., Saw Leong Thiam.

Sehubungan itu Mohd. Fauzi menjemput orang ramai yang mengetahui maklumat berkaitan kegiatan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang kempen PRK itu diminta menghubungi atau pergi sendiri ke bilik gerakan berkenaan untuk membuat aduan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sehingga kini kerajaan negeri Perak dan semua agensi di bawahnya termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sudah menandatangani IBR.

Justeru katanya, tumpuan kini ialah bagi syarikat swasta menandatangani IBR untuk sama-sama menyatakan ikrar bersama kerajaan bagi membanteras serta mencegah sebarang perlakuan dan kegiatan berunsur rasuah.

Terdahulu, dalam ucapannya, Mohd Fauzi berkata, usaha menandatangani IBR bukan alasan untuk memberitahu orang ramai bahawa mereka adalah bebas rasuah tetapi sebagai usaha menghayati amalan tidak memberi dan menerima rasuah.

Katanya, apabila sesebuah agensi atau syarikat menandatangani IBR, sekurang-kurangnya menunjukkan semangat dan inisiatif untuk membendung rasuah serta salah guna kuasa.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI