fbpx

Sembilan kes baharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Sebanyak sembilan kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 9,103 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada sembilan kes itu, empat adalah penularan tempatan membabitkan bukan warganegara manakala lima lagi kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Empat kes penularan tempatan melibatkan tiga kes saringan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil sebelum dihantar pulang ke negara asal dan satu kes saringan rujukan ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah.

“Kes import pula membabitkan tiga warganegara dan dua bukan warganegara. Kes ini dari Jepun, India, Pakistan, New Zealand dan Singapura,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, tiada kes baharu dilaporkan bagi kedua-dua kluster Sivagangga dan Kurau hari ini.

Katanya, sehingga kini terdapat dua kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan dan jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 125 kes,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI