fbpx

‘Rumah kurus’ berharga RM1.13 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUMAH ini memiliki luas 148 meter persegi dan terletak di Lake County, negeri Illinois, Amerika Syarikat. – ZILLOW.COM

LAKE COUNTY, ILLINOIS – Orang ramai terkejut menonton klip video yang tular di media sosial TikTok memaparkan sebuah ‘rumah kurus’ untuk dijual, lapor portal berita Mirror.co.uk barubaru ini.

Rakaman itu dimuat naik seorang netizen yang menggunakan nama eli.korn. Dia berkata, kediaman luar biasa itu terletak di Deerfield di sini dan popular dalam kalangan penduduk setempat.

Hartanah itu juga dikenali sebagai Rumah Pai. Kediaman unik itu ditawarkan untuk dijual pada harga hampir AS$270,000 (RM1.13 juta). Klip video itu merekodkan lebih sejuta tontonan setakat ini.

Ramai pengguna media sosial berkata, mereka sukar membayangkan bahawa ada orang sanggup tinggal di dalam rumah itu disebabkan ukuran panjangnya sangat kecil.

Seorang individu memberikan komen pada klip video itu dengan mengatakan: “Ia bukan rumah tetapi koridor bangunan.”

Beberapa individu lain hairan bagaimana seseorang boleh mendiami rumah kurus seperti itu.

Menurut senarai ejen hartanah tempatan, rumah itu bukan ‘kurus’ seperti disangka. Ia dipanggil rumah pai disebabkan bentuk segi tiga seperti sepotong pai.

“Rumah ikonik ini sebenarnya lebih besar iaitu lebih 148 meter persegi dan memiliki dua bilik tidur, ruang tamu dan bilik bawah tanah lengkap dengan perabot.

“Rumah ini ada dua bilik air,” kata seorang ejen hartanah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI