fbpx

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Afdlin Shauki

 

KUALA LUMPUR- Bapa kepada pelakon, pelawak dan penerbit terkenal, Datuk Afdlin Shauki iaitu Aksan Bakar meninggal dunia pada pukul 2 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat komplikasi paru-paru berair, jantung dan buah pinggang.

Berita hiba tersebut disahkan oleh Afdlin menerusi kemas kini di laman Instagramnya beberapa jam selepas bapanya menjalani pembedahan pada malam Isnin.

“Dukacita dimaklumkan bapa saya sudah kembali ke rahmatullah awal pagi ini (Selasa). Sama-sama kita doakan agar roh Allahyarham dirahmati dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Saya juga dengan rendah hati berharap sesiapa yang mengenali arwah untuk memaafkan salah silap yang dilakukannya dalam sedar atau tidak,” tulisnya lagi.

Tahun lalu, Afdlin turut kehilangan adiknya, Jefri Adzman yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari di Kota Damansara.

Jenazah Allahyarham Aksan akan dikebumikan selepas solat Asar hari ini (Selasa) di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda, Kuala Lumpur. – K! ONLINE

POPULAR