fbpx

Lelaki jumpa ular tedung bersama 20 biji telur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ular tedung yang berjaya ditangkap APMM Kuala Selangor semalam.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR – Kecurigaan seorang lelaki melihat sisik di tandas rumahnya di Kampung Jalan Kunci Air Buang, Tanjong Karang di sini ternyata berasas penemuan seekor ular tedung sepanjang satu meter bersama 20 telur reptilia itu, semalam.

Sarang ular tersebut ditemui pukul 3 petang oleh lelaki berusia 38 tahun itu di sebuah lubang di lantai tandas yang sedang diubah suai tersebut.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Suzaini Sulaiman berkata, beliau bersama tiga anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada pukul 3.15 petang.

“Setibanya di lokasi didapati sebahagian lantai simen itu telah dipecahkan pengadu dan menemui beberapa telur ular.

“Selepas hampir 45 minit memecahkan lantai ular tedung itu akhirnya ditemui bersama telur lain di dalam lubang tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ujar beliau, operasi mengeluarkan ular itu perlu dilakukan secara berwaspada kerana reptilia tersebut mengeluarkan semburan beracun.

“Walaupun ular berwarna hitam itu tidak mematuk tetapi semburannya boleh mengakibatkan buta sekiranya terkena mata,” katanya.

Suzaini menjelaskan ular dan telur itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI