fbpx

Wanita curang dihukum pikul suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita dihukum memikul suaminya di atas bahu selepas didakwa curang dengan lelaki lain. – TWITTER / @NIMS_AHUJA

MUMBAI, INDIA – Satu rakaman video menunjukkan seorang wanita memikul suaminya di atas bahu dan berarak di sekitar sebuah kampung tular di laman sosial baru-baru ini, lapor portal berita mirror.co.uk.

Wanita yang tidak diketahui identitinya itu dihukum oleh suaminya selepas didakwa curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Kejadian itu dirakam di sebuah perkampungan yang terletak di wilayah Jhabua, kira-kira 400 kilometer dari Mumbai, India.

Dalam rakaman video itu, kelihatan seorang wanita memakai sari berwarna biru memikul lelaki yang dipercayai suaminya sambil disaksikan dan diekori sekumpulan lelaki lain.

Bahkan, wanita tersebut juga dipukul dengan sebatang kayu oleh lelaki lain setiap kali dia berhenti untuk berehat.

Sementara itu, pegawai polis Jhabua, Ashutosh Gupta berkata, pasangan suami isteri itu sudah berkahwin selama tiga tahun dan bekerja di Gujerat. Mereka baru sahaja pulang ke kampung.

“Selepas pulang, si suami  mengadu kepada ibu bapanya bahawa si isteri mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki di Gujerat dan perlu dihukum,” kata Gupta.

Ekoran daripada penularan video tersebut, polis telah menahan tujuh individu termasuk suami mangsa untuk siasatan.

Kata Gupta, memikul suami di atas bahu merupakan hukuman yang lazim dikenakan masyarakat tempatan ke atas isteri yang berlaku curang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI