fbpx

Malaysia bukan ‘tong sampah’ dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan Malaysia tidak akan menjadi ‘tong sampah dunia’ dalam aktiviti pembuangan sisa toksik mahupun plastik dan tindakan tegas akan diambil jika ada cubaan membawa masuk kontena yang mengandungi sisa berkenaan.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sejak penubuhan kementerian itu pada Mac lalu, pihaknya sudah mengesan dan menghantar pulang 13 kontena yang mengandungi sisa toksik dan 42 kontena bahan plastik ke negara asal.

Menurut beliau, negara-negara yang didapati menghantar bahan-bahan ini antaranya, Amerika Syarikat sebanyak 36 kontena, Korea Selatan (2), Vietnam (2) dan masing-masing satu kontena bagi United Kingdom dan Poland.

“Sebanyak 21 kontena mengandungi sisa plastik ke Amerika Syarikat melalui Pelabuhan Kuching, 15 kontena melalui Pelabuhan Pulau Pinang, manakala Korea Selatan dan Vietnam masing-masing dua kontena serta United Kingdom dan Poland masing-masing satu kontena.

“Secara keseluruhannya adalah 42 kontena dan berat keseluruhan kontena itu 796,553 kilogram. Ini yang kami sudah ambil tindakan dan kita bertegas Malaysia mesti bebas daripada elemen yang bercanggah dengan Konvensyen Basel yang ditandatangani,”katanya pada sesi persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas-Kuala Krai) yang ingin tahu bagaimana kerajaa mencegah Malaysia menjadi ‘tong sampah dunia’ selaras dengan Konvensyen Basel.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI