fbpx
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit setelah lori yang dipandu merempuh treler di Pondok Tol Ipoh Selatan hari ini.

Pemandu tersepit sejam dalam lori, rempuh belakang treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang pemandu lori tiga tan cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan berat di Pondok Tol Ipoh Selatan, Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 7.18 pagi itu, mangsa yang memandu lori tiga tan dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah treler.

Kemalangan tersebut menyebabkan pemandu lori tiga tan berusia 28 tahun itu patah kaki apabila tersepit pada tempat duduk pemandu.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamaat Ipoh dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Ketua operasinya, Mohamad Mahir Mat Saad berkata, pihaknya menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.

“Pihak bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan mangsa tersepit kerana bahagian depan lori remuk.

“Mangsa yang cedera kemudian diserahkan kepada pihak pegawai perubatan untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Operasi tamat pada pukul 8.45 pagi. – K! ONLINE

BERITA BERKAITAN