fbpx

Dua feri ditahan langgar SOP PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Feri yang ditahan membawa lebihan penumpang sehingga melanggar SOP PKPP. Pix Maritim Malaysia

KLANG – Tindakan dua buah feri penumpang membawa lebih penumpang sehingga tidak mematuhi penjarakan fizikal mengundang padah selepas ditahan di kedudukan 0.5 batu nautika dari Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang petang semalam.

Penahanan feri tersebut dilakukan bermula pukul 5 petang oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, kedua-dua feri tersebut dalam perjalanan ke Pulau Ketam dari Pelabuhan Klang di sini.

Kata, pemeriksaan mendapati kedua-dua feri tersebut membawa penumpang melebihi 84 orang termasuk kru yang dibenarkan pihak berkuasa.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua feri masing-masing membawa melebihi 120 orang yang seterusnya melanggar syarat sah lesen.

“Situati mengakibatkan tiada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dari segi penjarakan fizikal pengoperasian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan enam kru warga tempatan berusia 17 hingga 25 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

Ujarnya, pihaknya juga telah mengarahkan pemilik kedua-dua bot untuk hadir ke Ibu Pejabat Maritim Selangor untuk tindakan sama.

“Pihak kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana kesalahan terutamanya melibatkan tindakan yang boleh menjejaskan aspek-aspek keselamatan walaupun ianya dipandang remeh oleh pengendali bot.

“Kes disiasat mengikut Seksyen Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI