fbpx

Ahli perniagaan ditahan miliki 12 pokok ganja, 58 butir peluru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini (kanan) menunjukkan pokok ganja yang dirampas daripada seorang ahli perniagaan dalam serbuan di Taman Mega Ria, Batu 3, Jalan Air Panas Tawau semalam.

KOTA KINABALU – Polis Sabah merampas 12 pokok ganja bersama 58 butir peluru pelbagai jenama dalam serbuan sebuah rumah di Taman Mega Ria, Batu 3, Jalan Air Panas Tawau semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 5.30 pagi itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 43 tahun dipercayai ahli perniagaan di tingkat atas kediamannya.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata, serbuan yang dilaksanakan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau turut menyita dua kenderaan pacuan empat roda dan sebuah motosikal jenis Harley Davidson dengan nilai keseluruhan sitaan berjumlah RM205,000.

Zaini berkata hasil pemeriksaan yang disaksikan suspek sendiri, pasukan polis menemui 12 pokok disyaki ganja dengan ketinggian antara 138 sentimeter (cm) hingga 212 cm yang ditanam di halaman belakang rumah suspek.

“Pemeriksaan lanjut di bahagian ruang tamu rumah pula menemui plastik lutsinar berisi tumbuhan kering disyaki ganja dengan berat kasar 29.52 gram.

“Kita juga menemukan beberapa kotak berisi peluru dengan jumlah sebanyak 58 butir peluru pelbagai jenama dalam bilik tidur suspek, ” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini tadi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, suspek memperoleh benih ganja terbabit di Selangor dan mendakwa menanamnya bagi tujuan suka-suka.

Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan dan berkemungkinan terdapat motif lain. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI