fbpx

CIMB komited mudahkan proses permohonan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – CIMB Bank Bhd. dan CIMB Bank Islamic Bhd. (CIMB) menjanjikan proses permohonan yang mudah dan lancar bagi semua pelanggannya yang layak menerima kemudahan moratorium bersasar.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, pihaknya akan menggunakan teknologi data analitik untuk mengenal pasti mereka yang paling terkesan daripada Covid-19 dan akan berhubung dengan mereka secara  proaktif.

“Mesej pesanan ringkas (SMS) akan dihantar kepada lebih daripada 300,000 individu dan 10,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bermula semalam dan mereka disarankan untuk mengikuti arahan mudah dan melengkapkan permohonan selewat-lewatnya 20 Ogos ini.

“Pelanggan yang tidak menerima SMS dari kami, tetapi menjangkakan menghadapi kesukaran untuk memulakan pembayaran selepas 30 September, digalakkan untuk menghubungi bank bermula 7 Ogos hingga 7 September depan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

 

 

Abdul Rahman menjelaskan, sebagai institusi kewangan yang bertanggungjawab, pihaknya dengan senang hati memberi sokongan kepada pelanggan yang terkesan dari segi kewangan.

“Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk memberikan pengalaman yang lancar kepada pelanggan, CIMB akan mempermudah serta mempercepat proses permohonan dan kelulusan,” katanya.

CIMB sebelum ini melaksanakan moratorium pembayaran pinjaman selama enam bulan untuk embantu melancarkan aliran tunai di puncak pandemik dan setakat akhir Jun, langkah tersebut telah membantu lebih daripada 1.25 juta pelanggan runcit dan sekitar 16,000 PKS serta pelanggan korporat.

Bank tersebut juga telah meluluskan dana bantuan berjumlah lebih RM1 bilion kepada PKS, yang mana RM700 juta daripadanya adalah di bawah Kemudahan Bantuan Khas (SRF) Bank Negara Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI