fbpx

Enam individu dikompaun di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mengenakan pelitup muka ketika mengunjungi tempat awam seperti gerai makan di Kangar, Perlis.

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

KANGAR – Keprihatinan terhadap kepentingan memakai pelitup muka berada di tahap baik dengan hanya enam kompaun bagi kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tersebut dikeluarkan di negeri ini semalam.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, enam lelaki berusia antara 20 hingga 45 tahun itu dikompaun di kawasan luar gerai makan di sekitar Kangar.

“Tiada tangkapan dibuat kerana polis Perlis masih mengambil pendekatan untuk menasihati orang awam pada hari pertama pelitup muka wajib dipakai di dalam kenderaan awam dan tempat tumpuan ramai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, tahap pematuhan juga naik kepada 95 peratus berbanding hanya 85 peratus yang dicatatkan pada pagi semalam.

Pada 23 Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelitup muka wajib dipakai di dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum bermula semalam.

Langkah itu diambil berikutan penambahan kluster jangkitan Covid-19 baharu yang dikenal pasti, selain atas nasihat Kementerian Kesihatan.

Orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu tersebut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI