fbpx

Sekumpulan kaki judi warga emas dikompaun RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada kaki judi ditahan bersama peralatan judi mahjong dalam sebuan di Taman Paramount petang semalam.

PETALING JAYA – Bukan sahaja ‘kantoi’ bermain judi, malah sekumpulan warga emas turut dikenakan kompaun RM1,000 kerana melanggar prosedur operasi standard yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

Itu nasib malang yang menimpa mereka selepas ‘port judi’ yang terletak di Taman Paramount di sini diserbu pihak berkuasa semalam.

Serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya itu bermula kira-kira pukul 4 petang berjaya menahan 21 individu termasuk seorang pemilik premis berusia lingkungan 35 hingga 77 tahun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, ketika serbuan dilakukan, kesemua pemain kebanyakan warga emas sedang leka bermain judi mahjong.

“Semasa serbuan dilakukan, kita telah menemui beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk bermain judi mahjong.

“Terdapat beberapa batu mahjong di atas sebuah meja, wang tunai RM3,413 serta ‘cip’ yang boleh ditukar dengan wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nik Ezanee, selain ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka (AJRT) 1953, kesemua mereka turut dikenakan tindakan kompaun RM1,000 setiap seorang.

“Tindakan itu diambil kerana mereka telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

“Bagaimanapun, kesemua mereka yang terdiri daripada 16 lelaki dan lima wanita telah dibebaskan dengan jaminan polis,” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI