fbpx

Mampu lapah dua ekor lembu dalam 15 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Muhammad Syayidi sedang melapah seekor lembu korban di Manir dekat Kuala Terengganu hari ini.

Oleh NORADILA MAHAMAD

KUALA TERENGGANU – Setiap kali Aidiladha, khidmat dan kudrat Wan Muhammad Sayyidi Wan Zukkenaini, 27, pasti ditagih penduduk sekitar Manir dekat sini untuk melapah lembu korban.

Bapa kepada seorang anak itu terkenal dengan kemahirannya mampu melapah dua ekor lembu korban sekali gus secara bersendirian dalam tempoh 15 minit sahaja.

“Saya belajar ilmu melapah lembu atau kerbau sejak berumur 12 tahun lagi daripada Allahyarham Tuan Padang Tuan Besar yang pakar dalam bidang ini. Minat itu timbul apabila sering mengikut ayah ke tempat sembelihan sejak kecil.

“Rahsia melapah dengan mudah dan cepat ialah kita perlu kenal setiap sendi haiwan ternakan yang disembelih,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Manir dekat sini hari ini.

Antara kemahiran Wan Muhammad Sayyidi ialah mampu melapah kepala lembu dengan hanya menggunakan pisau kecil berbanding kapak oleh kebanyakan orang.

Beliau berkata, setiap kali berkelapangan terutama sewaktu upacara korban, beliau tidak akan melepaskan peluang untuk memanfaatkan kemahirannya membantu penduduk melapah lembu.

“Saya tidak mengambil sebarang upah, semuanya dilakukan secara sukarela demi minat mendalam dalam seni melapah haiwan ternakan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI