fbpx

Henti projek Musang King elak banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir kilat yang melanda kawasan Kupang, Baling pada Sabtu lalu.

Oleh NORLIA RAMLI

BALING – Kerajaan negeri Kedah mengarahkan syarikat yang menjalankan tanaman durian Musang King di Gunung Inas, Kupang di sini supaya menghentikan projek itu dengan segera bagi mengelak kawasan tersebut terus dilanda banjir kilat.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, tanah seluas 600 hektar itu sebaliknya akan ditanam dengan tanaman penutup bumi dan pokok balak.

“Kita akan mengarahkan syarikat itu supaya tidak meneruskan projek berkenaan dan menggantikannya dengan tanaman asal,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri Kedah di Pejabat Daerah Baling di sini hari ini.

Kata beliau, kerajaan negeri membuat keputusan itu bagi memastikan kawasan Kupang tidak lagi dilanda banjir kilat.

“Sebelum ini setiap kali hujan lebat, banjir lumpur melanda rumah penduduk, jadi kita mahu kawasan yang digondolkan ditanam semula dengan pokok balak,” ujarnya.

Kosmo! Online pada Sabtu lalu melaporkan sebanyak 203 buah rumah daripada 19 kampung di Kupang terjejas akibat banjir kilat yang melanda kawasan itu selepas hujan lebat selama kira-kira tiga jam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI