fbpx

1.54 juta warga asing pegang kad PLKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Kira-kira 1.54 juta warga asing yang berada di negara ini dilaporkan memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi membolehkan mereka bekerja secara sah.

Timbalan Menteri II Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 2,766 warga asing ditahan ekoran permit tamat tempoh.

“Pun begitu, kementerian memberikan peluang disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan keperluan majikan dengan menawarkan pas khas selama 30 hari kepada mereka.

“Pas khas itu membolehkan pekerja asing melanjutkan tempoh PLKS secara sah namun tertakluk kepada saringan kesihatan Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) dan prosedur Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya di Dewan Rakyat di sini tadi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (PH-Kapar) mahu mengetahui jumlah pekerja asing yang sah namun masih bekerja walaupun permit tamat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI