fbpx

Lembaga Pelesenan bersidang bulan depan bincang isu lesen penjualan arak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lembaga Pelesenan dijangka bersidang pada bulan hadapan bagi membincangkan perkara berkaitan lesen-lesen baharu penjualan arak.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau berharap agar persidangan itu dapat menghasilkan garis panduan baharu lebih kemas dan teratur bagi mengelakkan ataupun membantu mengurangkan insiden yang mengancam nyawa orang ramai.

“Pada masa sama, akan ada perdebatan di dalam dewan ini kerana ada Rang Undang-Undang yang diperketatkan.

“Maka saya percaya mungkin Ahli-Ahli Yang Berhormat akan menyentuh usul dan cadangan tertentu supaya kita dapat menambah baik soal pengawalan pengeluaran lesen arak dan penggunaan arak yang menyebabkan masalah kepada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Wong Hon Wai (Bukit Bendera-PH) yang ingin tahu rasional keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menggantung lesen penjualan arak di Wilayah Persekutuan dan bilakah lesen tersebut akan disambung semula di Dewan Rakyat di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI