fbpx

[VIDEO] Laluan masuk mahkamah dikawal ketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawalan ketat polis di hadapan Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini.

KUALA LUMPUR – Pekarangan kawasan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini dikawal ketat apabila jalan utama untuk masuk ke kawasan itu ditutup.

Tinjauan Kosmo! mendapati, pihak keselamatan meletakkan kon di pintu laluan masuk termasuk di bahu jalan dan hanya kakitangan mahkamah dibenarkan masuk.

Selain itu, orang ramai terutama pihak media juga dilihat sudah mula berada di pekarangan luar mahkamah seawal pukul 5.30 pagi.

Bagaimanapun, kebenaran untuk masuk ke lobi mahkamah masih belum diberikan kerana difahamkan pintu pagar utama hanya dibuka kepada orang awam pukul 8 pagi.

Hari ini adalah keputusan sama ada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disabitkan atau dibebaskan daripada tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI