fbpx

Wanita hamil maut digilis treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Amirah Izzati meninggal dunia selepas digilis treler dalam kemalangan di Jalan Permatang Buloh, Kepala Batas, Seberang Perai malam tadi.

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Seorang penunggang motosikal yang sarat mengandung maut selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Permatang Buloh, Kepala Batas, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, mangsa, Nur Amirah Izzati Ahmad Rohaizat, 19, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada kepala.

Difahamkan kejadian berlaku ketika cuaca hujan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Norzainy Mohd. Noor berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas motosikal mangsa jenis SYM Jet Power 124 merempuh kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Mitsubishi Triton yang mahu membelok masuk simpang kanan ketika lampu isyarat hijau.

Katanya, siasatan awal mendapati, 4WD dan sebuah treler datang dari arah sama iaitu Kepala Batas menghala ke lampu isyarat Jalan Permatang Buloh.

“Treler yang berada di laluan kiri bergerak terus, manakala 4WD itu telah dirempuh motosikal mangsa yang melanggar lampu isyarat merah dari arah Pekan Darat.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh dan menggelongsor ke tengah jalan sebelum digilis treler,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemandu 4WD dan treler masing-masing berusia 50 dan 41 tahun tidak mengalami sebarang kecedaraan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI