fbpx
ARUL sedia membuka pintu buat pemain-pemain yang digugurkan untuk kembali ke dalam pasukan kebangsaan yang dikendalikannya ketika ini.

Malaysian Tigers akur jika ACT di Bangladesh dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SKUAD hoki lelaki negara mungkin tidak ada sebarang kejohanan antarabangsa sekiranya Persekutuan Hoki Asia (AHF) membatalkan kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Dhaka, Bangladesh dari 17 hingga 27 November ini.

Ia susulan peningkatan kes penularan pandemik Covid-19 di Bangladesh yang menunjukkan 219,000 kes aktif dengan 2,836 jumlah kematian setakat pukul 3 petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak menjelaskan MHC sentiasa dalam keadaan bersedia terhadap sebarang kemungkinan tetapi terpaksa akur jika kejohanan itu dibatalkan.

“Kami tak pasti sama ada kekal atau dibatalkan atau lokasi pertandingan ditukar. Saya percaya AHF akan terus memantau dan menilai situasi semasa ­Covid-19 di negara itu selamat atau tidak.

“Buat masa sekarang latihan skuad negara berjalan seperti biasa sehinggalah kita mendapat maklum balas daripada AHF berhubung status penganjuran itu,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan skuad negara berkemungkinan terpaksa menyertai ACT tanpa kehadiran ketua jurulatih, Roelant Oltmans jika kerajaan Belanda tidak membenarkan warganegaranya pergi ke negara yang berisiko tinggi.

Nada berbeza pula disuarakan tonggak pertahanan berpengalaman Malaysian Tigers, Muhammad Razie Abd. Rahim yang me­rasakan skuad negara tidak perlu menghantar pasukan jika situasi di Bangladesh masih pada tahap serius.

Ini kerana, Razie yang juga pakar flick skuad negara, percaya MHC dan barisan kejurulatihan skuad negara mempunyai pe­rancangan tersendiri buat para pemain jika mereka tiada kejohanan antarabangsa tahun ini disebabkan Covid-19. – K! ONLINE

POPULAR