fbpx

KOM rancang kejohanan domestik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELUANG terbaik buat semua atlet kebangsaan mahupun remaja untuk memburu tempat ke Sukan SEA Hanoi sebelum senarai nama diputuskan oleh KOM. - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) merancang mengadakan kejohanan domestik dalam usaha mempersiapkan atlet-atlet sebelum menghadapi jadual padat tahun depan.

Ketua jurulatih skuad olahraga negara, Mohd. Manshahar Abdul Jalil berkata, ia bagi membantu atlet mendapat kejohanan kompetitif selepas kalendar sukan itu terjejas disebabkan penularan wabak pandemik Covid-19 sejak Mac lalu.

“Sekarang kita sedang berbincang mengenai perancangan tahun depan. Kalau keadaan pulih, kita akan berdepan tahun yang sibuk tahun depan.

“Ini kerana kita ada Sukan SEA Vietnam 2021 dan beberapa kejohanan utama selain perlu bersiap sedia menghadapi Sukan Asia 2022 (di Hangzhou, China) dan Sukan Komanwel 2022 (di Birmingham, United Kingdom).

“Kemungkinan kita cuba adakan kejohanan domestik pada November nanti untuk membantu atlet supaya mereka boleh bertanding dan mengutip mata dalam kedudukan ranking dunia,” katanya.

Kebanyakan atlet sempat mengambil bahagian dalam satu kejohanan sahaja iaitu Kejohanan Olahraga Allcomers Perak pada hujung Februari lalu sebelum pertandingan domestik dan antarabangsa dibatalkan disebabkan Covid-19.

Setakat ini, cuma seorang atlet olahraga yang sudah mula menyertai kejohanan iaitu jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin yang mengambil bahagian dalam saingan Liga Olahraga Republik Czech. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI