fbpx

Super KIP optimis harungi GP Andalusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAHIRUL IDHAM

PELUMBA Moto3 Petronas Sprinta Racing, Khairul Idham Pawi berharap dapat memperbaiki kedudukan pada Grand Prix (GP) Andalusia minggu ini selepas hanya menamatkan saingan di tempat ke-22 pada GP Sepanyol minggu lalu.

Sedar akan kelemahan yang dilakukan pada saingan minggu lalu, Khairul mahu menebus kembali kekecewaan dan optimis perlumbaan kali ini akan menda­tangkan keputusan berbeza meskipun kedua-dua GP Sepanyol dan Andalusia dilangsungkan di Litar Jerez.

Katanya yang terkenal dengan gelaran Super KIP, beberapa kekurangan dari aspek teknikal jentera sudah dikenal pasti terutama kelemahan ketika melalui selekoh hingga menyebabkan dia mudah dipintas pelumba lain.

“Bagi perlumbaan GP Andalusia minggu ini, saya berhasrat untuk memperbaiki kedudukan dan percaya ia mampu dicapai kerana kelemahan yang ada pada jentera sudah diperbaiki.

“Secara jujur, antara punca saya ketinggalan adalah kelemahan jentera ketika melalui selekoh hingga menyebabkan mudah dipintas selain kehilangan masa. Bagaimanapun saya yakin jurutera sudah mengenal pasti kekurangan tersebut berdasarkan data yang diperoleh,” katanya.

Selain Khairul, wakil Malaysia yang bersaing pada GP Andalusia ialah Hafizh Syahrin Abdullah yang mewakili pasukan Inde Aspar Team dan Kasma Daniel Kas­mayudin (ONEXOX TKKR SAG Team) dalam kelas Moto2.

Khairul yang berusia 22 tahun sebelum ini pernah mencipta sejarah tersendiri apabila menjuarai GP Jerman dan GP Argentina pada sai­ngan Moto3 bagi musim 2016. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI