fbpx

Lesen sah, CAAM tarik balik penggantungan juruterbang Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENYATAAN akhbar CAAM berhubung penarikan balik lesen 18 juruterbang Pakistan yang berkhidmat di Malaysia yang digantung sebelum ini.

PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menarik semula penggantungan sementara juruterbang bertauliah warga Pakistan yang berkhidmat dengan syarikat penerbangan tempatan di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chester Voo, berkata, pihaknya sudah mendapat perakuan kesahihan lesen 18 juruterbang terbabit yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakistan (PCAA)

“CAAM memaklumkan bahawa 18 pemegang lesen juruterbang yang dikeluarkan oleh PCAA yang kini berkhidmat di Malaysia telah diperakukan kesahihannya.

“Perakuan itu dibuat oleh pihak PCAA berikutan penggantungan lesen mereka pada awal bulan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sebelum ini, CAAM menggantung juruterbang bertauliah warga Pakistan yang berkhidmat dengan syarikat penerbangan tempatan di Malaysia sejak awal bulan ini.

Ini susulan kenyataan Menteri Penerbangan Pakistan, Ghulam Sarwar Khan bahawa sebilangan besar juruterbang negara itu didakwa memiliki lesen palsu atau meragukan.

PCAA bulan lalu mendedahkan seramai 262 daripada 860 juruterbang aktif di Pakistan tidak menduduki peperiksaan juruterbang dan daripada jumlah itu, kira-kira 40 peratus juruterbang berkenaan memiliki lesen palsu.

Susulan pendedahan itu, sejumlah negara mengumumkan keputusan menggantung khidmat juruterbang Pakistan dan melarang Pakistan International Airlines (PIA) daripada mengadakan penerbangan masuk dan keluar dari negara mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI